Syi'ah Imam Dua Belas


Syiah Imam Dua Belas (Ithnā‘ashariyyah', Bahasa Arab: اثنا عشرية) ialah cabang terbesar Islam Syiah.

Ciri utama

Mazhab Syiah Imam Dua Belas mempercayai bahwa Allah SWT telah pun melantik 12 orang pemimpin atau Imam manusia sejagat.[1] Mereka ini merupakan pewaris-pewaris Nabi Muhammad SAW. Perlantikkan imam pertama, yaitu Imam Ali yang juga Kalifah keempat golongan Muslim Sunni di umumkan secara resmi pada peristiwa di Ghadir Khum dalam perjalanan pulang baginda ke Madinah selepas peristiwa Haji Wida'.
Mengikut Mazhab Syiah, Malaikat Jibrail membawa Ayat yang dinamakan Ayat Tabligh atau Pengumuman yaitu Ayat 67 dari Surah 5 Al-Quran yang menyeru supaya pengistiharan dibuat. Pengistiharan yang dimaksudkan, mengikut pandangan Syaih Imam Duabelas ialah pengumuman resmi perlantikan Ali ibn Abi Talib a.s. sebagai Mawla selepas baginda. Penguguman tidak resmi mengenai kedudukan Ali, dikatakan oleh golongan Syiah sentiasa dibuat sepanjang hayat Rasulullah s.a.w. dan dilapurkan dalam hadith-hadith.
Pertikaian tentang maksud Mawla menyebabkan kepimpinan Ali a.s. tidak diiktiraf oleh kesemua umat Islam ketika itu dan mengakibatkan perpecahan umat Islam kepada puak Sunni dan Syiah.
Selepas Ali a.s., Syiah mempercayai bahwa Allah menghantar nas-nas yang menunjukkan siapakah Imam seterusnya. Imam bukanlah pilihan peribadi tetapi melalui nas-nas Allah s.w.a. Imam selepas Rasulullah s.a.w. hanya 12, bertepatan dengan Hadith Sunni maupun Syiah yang mengatakan bahwa selepas Rasulullah, terdapat 12 orang Khalifah. Syiah menganggap Imam dan Mawla adalah juga Khalifah yang sah (kerana di lantik oleh Allah s.w.a. sendiri).
Imam kedua belas mereka ialah Imam Mahdi yang dikatakan sudah lahir dan masih wujud dan akan muncul untuk melawan Dajjal sebelum Hari Kiamat. Umat Islam yang mati tanpa mengetahui siapa Imam mereka dianggap mati seperti di zaman Jahilliyah, menurut pandangan mazhab Syiah.

Rujukan

1.                              Imam Muslim (diterjemahkan oleh Aftab Shahryar) (2004). Sahih Muslim Abridged, Islamic Book Service. ISBN 81-7231-592-9.
  • Tirmidhi hadith 6094
  • Sahih Muslim hadith 5920
  • al-Hakim's al-Mustadrak Jilid III m109
  • al-Tafsir al-Kabir oleh Fakhr al-Din al-Razi Jilid XII p 50
  • al-durr al-Manthur oleh al-Suyuti Jilid II m298
  • al-Tarikh oleh al-Ya'qubi Jilid II m95
  • al-Tafsir oleh al-Tha'labi m120
  • Sawa'iq oleh Ibn Hajar' Bab 5.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar