Syi’ah
Syiah (شيعة Syi'aṯ) ialah salah satu mazhab
terbesar dalam Islam
selepas Sunni. Muslim Syi'ah mengikuti Islam tidak sesuai dengan
apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya.
Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah
Sunni
pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin yang
merupakan sahabat Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah.
Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait
dan Imam Ali. Tetapi Ali bin Abi Talib
dan para Ahlul Bait
sendiri telah menolak kepercayaan Syi'ah dan menyatakan mereka sebagai kafir .Kebanyakan Sunni
Islam mengatakan bahawa Mahzab Syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah
dengan ajaran Islam kerana fahaman ini mendakwa bahawa Ali iaitu sepupu
Rasulullah sepatutnya menjadi Rasul selepas Baginda.
Aliran
Aliran Syiah Islam
berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini
mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah
golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah (اثنا عشرية iṯnāʿašariyya)
yang merangkumi 90% penduduk di Iran
dan sebahagian besar penduduk Iraq.
Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah al-Kaisaniyyah,
al-Zaidiyah, Imamiyyah, al-Ghulat, Ismailiyah,
dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Duruzi juga
menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh
Syiah lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi,
Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah. Dua puluh peratus dari penduduk Turki
mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Syria pula mempunyai bilangan besar
golongan Duruzi dan Alawi.
Aliran Syiah
mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan Keturunannya menjadi pemimpin umat
Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.
Pergerakkan Hizbullah
di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua Belas.
Di Malaysia,mazhab ini
tidak dibenarkan melakukan ritual harian mereka kerana didakwa mereka akan
melakukan keganasan seperti di Iraq dan Afganistan serta Pakistan.Mereka telah
melakukan beberapa dialog dengan pihak Ahlul Sunnah di seluruh dunia termasuk
Malaysia namun tiada sebarang pindaan undang-undang yang dilakukan bagi menghalalkan
pergerakkan atau penyebaran fahaman mereka
Mengikut pandangan Syiah
Pengertian Syiah
mengikut pandangan syiah sendiri adalah seperti berikut:
Perkataan Syiah
(mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an
dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat:
83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar
termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya
dengan hati yang suci".
Kedua,dalam Surah
Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari
tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada
Tuhan yang Maha Pemurah".
Ketiga dan keempat
adalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika
penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi;
yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari
musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang
dari musuhnya".
Sementara itu, ada
perkataan Syiah dalam Hadith Nabi S.A.W lebih dari tiga kali, antaranya disebut
oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 -
Surah al-Bayyinah, Nabi S.A.W bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau
(golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan
diredhai", dan sabdanya lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya)
(bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".
Dengan ini kita dapati
bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'an dan Hadith Nabi
S.A.W.
Yang dimaksudkan oleh
oleh al-Quran
dan hadith itu bukanlah kata khusus kepada puak Syiah ini, melainkan kata umum
kepada pengikut kepada sesuatu golongan pengikut, yakni golongan Ibrahim a.s,
golongan yang derhaka, golongan Musa a.s. Bahkan Rasulullah sendiri pernah
bersabda mafhumnya: golongan kamu Ali akan terbahagi tiga. orang yang terlampau
memuja mu, orang yang terlampau membenci mu dan orang yang cinta kepadamu
kerana Allah. Golongan pertama dan kadua itu masuk neraka. Golongan ketiga itu
masuk syurga. Terbukti golongan pertama dan kedua itu puak Syaih dan Khawarij.
Ijtihad kebanyakkan para ulama Sunni sebagai Syiah yang menyeleweng ialah
golongan Syiah daripada Imamiyyah/Ja'fariyyah dan Zaidiyyah, yang diringkaskan sebagai Ghulat kerana mendewakan Ali. Imam al-Ghazali
dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah kerana ia mengandungi pengajaran
Batiniah. Imam Ja'far as-Sadiq AS, generasi kelima keturunan Ali bin Abi Talib
dan Fatimah Zahrah r.a, pula menyatakan Syiah tidak boleh dikahwini dan
diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan
al-Qur'an dan Hadith. Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja'far as-Sadiq AS
sebagai imam keenam umat Islam. Walaupun beliau tidak mengakuinya dan tidak
menerima baiah mereka itu.
Sila rujuk: Al Jam'iyah Al Khairiyah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar